Monday, April 14, 2014

Cameron Lavender & Cameron Valley Tea House

Family Outing Selepas Subuh  Ahad 6 April 2014
Selepas sahaja selesai baca doa, terus gitau En. Jamzury (suami ku) nak ke Cameron Highland. 
Senang-senang ja ajak suami & family pi jalan-jalan tanpa perancangan. hehehe

Ipoh ngan Cameron Highland tak jauh pun. 1 jam  ja dah sampai.  Biasanya kami sekeluarga breakfast kat Cameron, tapi saya ngan anak teringin nak makan roti canai + capati... maka kami breakfast kat AK Nasi Kandar. 

Naik ke Cameron dengan perut yang dah selesa. Alhamdulillah... tempat yang dituju ialah Cameron Lavender. Satu tarikan terkini untuk ke sana. Kami sampai jam 10.00 pagi. Cuaca masih sejuk. Mungkin kerana hujan malam sebelumnya.  Parking pun mudah dapat. Depan-depan Cameron Lavender.  Tiket masuk hanya RM5.00 untuk dewasa & RM3.00 untuk kanak-kanak.

Beli satu mangga dan manggakan di rantai nih.
Tulislah apa yang nak tulis.
Tak beli pun tak pa.
Satu kemestian ambik gambar dengan Lavender.  Wangi sangat.Subhanallah.....
Lavender ni tumbuhan renek. Macam rumput berbunga purple.

Bersama Acu & Zawanie

Anak tunggal saya, Zawanie
Antara spot yang cantik untuk bergambar.
Acu dah letih memanjat.
Tinggi juga nak naik ke puncak.
Memandangkan Acu & saya dah sedikit pancit, kami duduk ler dulu.
Ada restoran kat atas puncak Cameron Lavender nih.
Bolehlah rehat sambil pekena teh secawan + kek sepotong

Acu & Zawanie
Cuaca memang sejuk kalau pagi-pagi
Naik kat puncak Cameron Lavender ni memang berbaloi

En.Jamzury malu nak buat gaya hindustan nih.
Anak sebagai pengganti. hehehe

Office Cameron Lavender
Jangan cuba-cuba nak masuk plak jika anda bukan staf
Ambik gambar kat depan pintu office pun ok jugak
Kat puncak Cameron Lavender ni ada Ladang Daisy & Strawberry.
Kita boleh petik daisy ni. Satu kuntum RM2.00. 6 kuntum RM10.00.
Kami ambik semua warna yang ada.
White, Yellow, Red, Pink, Orange. Pink & White ada macam-macam plak warnanya.
Acu petik daisy & tanah-tanahnya sekali. hahaha
Seronok sangat kat sini.
Kami tak petik strawberry.  "Tak teringin" kata Zawanie. hmmm
Cameron Lavender banyak sediakan spot-spot yang menarik untuk bergambar.
Gambar ni kami ambik kat dalam kedai souvenir.
Kalau nak beli souvenir yang berkualiti & murah, saya cadangkan beli kat sini
Ni plak deretan kedai di laluan nak turun ke bawah untuk exit.
Pandaikan pihak pengurusan Cameron Lavender.
Nak tak nak mesti lalu deretan kedai yg sentiasa menguji kekuatan imanku.
T-Shirt Muslimah kat sini hanya RM20.00.
 
Jom borong.....
En. Jamzury plak beli T-Shirt Hard Rock Cafe Cameron Highland
RM20.00 jugak.
Hmmm... ada jugak ker  HRC kat sini
Comeinyerrr.
Dah dekat sangat ngan pintu keluar nih.
Sama tak...
Acu suka warna kuning bila tak ada warna pink kan...
Kat tempat parking jer...
Cantiknya. Subhanallah...
En. Jamzury & Acu
Manja ngan Acu sejak kecik lagi
Kami bertiga.
Acu LULUS ambik gambar
Zawanie dah bertukar jadi eskimo girl

Keluar dari Cameron Lavender dah kul 11.30 pagi.  Gastrik menyerang.... baru terasa lapar. Tadi masa  shopping & bergambar, lupa dah makan.  

Kami makan kudap-kudap ja kat Cameron Valley Tea House
Teh untuk 2 orang minum RM7.50. Cukup untuk 3 cawan.
Garlic bread & mushroom soup RM9.50 untuk 1 set
Sesudah mengeyangkan diri, jom kita lawat ladang teh plak.
Ladang teh ni kat tepi restoran. Memang segar ler mata.

Nampak tak restoran kat belakang kami. Dekat ja kan...
Zawanie yang confius cam mana teh jadi kuning sedangkan daun warna hijau.
Dalam kereta mak & Acu akan explain...
Acu kan cikgu kimia, lebih layak untuk bagi penerangan.
Mak cuma bekas cikgu sains. hehehe
Abah lagi ler selamat. Cikgu muzik katakan...

Kat Cameron Valley Tea House ni, tak payah bayar kalau setakat nak ambik gambar di ladang teh.  Bayar kalau makan @ beli teh kat kedai  tepi restoran.


p/s :  nak ke Cameron Lavender & Cameron Valley Tea House elok waktu awal pagi. Pengunjung tak ramai.  Memang selesa. 
Waktu petang, ambik gambar berlatar belakangkan pengunjung ler jawabnya

No comments:

Post a Comment