Monday, April 7, 2014

Punca Ketiak Hitam ❢❢❢


  • Deodoran yang tidak sesuai. 
  • Kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa, kering, gatal dan sebagainya. 
  • Sisa deodoran yang tidak dibersihkan terutama sekali sebelum tidur.
  • Deodoran yang bercampur dengan peluh mengundang bakteria dan menyebabkan ketiak menjadi hitam.

Penggunaan Deodoran


  • Perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil dan selepas bersalin.


Hamil dan Bersalin




  • Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. 
  • Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.


Bercukur




  • Pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan.  Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.


Pakaian yang Ketat





    ✼ CARA MERAWAT KETIAK YANG HITAM 

    1. Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas; SABUN PENCERAH ✰ MARINE ESSENCE  bagi membantu menghilangkan kesan gelap. Sabun yang bebas bahan kimia, selamat, mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, HALAL dan terbukti berkesan.  Anda juga boleh dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun.
    2. Kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.
    3. Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh.
    4. Disarankan melakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap.
    5. Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat.
    6. Sental tubuh dengan skrub khas dan span mandi bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut.
    7. Elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.
    8. Pilih deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal, ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.
    ✑Sumber Rujukan :  Mingguan Wanita



    No comments:

    Post a Comment